Kawan,
sahabat dan teman secara amnya membawa maksud yang sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Betul ke ??
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.
Sahabat
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.
Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan atau ikut suka kamulah.
Teman
Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih dalam dari sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kamu.So itulah definisi kawan, sahabat dan teman mengikut pandangan dan ilmu yang aku pelajari. Semua ini telah aku pelajari sepanjang 24 tahun aku hidup di bumi tuhan ini. Telah berbagai jenis manusia aku jumpa. Bermacam ragam yang kulihat dan aku telah alami.Begitulah realiti kehidupan.
Aku doakan semoga kalian semua sudah menemui teman hidup masing masing. Dan apabila sudah ketemu, jagalah mereka baik baik seperti kalian menjaga diri dan hati kalian sendiri.
* Antara airmata dan sahabat*
0 comments:
Post a Comment