PANTUN
1. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris dalam setiap rangkap atau baitnya sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan atau dua belas baris.
2. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenal sebagai pantun empat kerat dan begitulah seterusnya.
3. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud dan maksud.
4. Dalam pantun empat kerat, pembayang meksud dimuatkan pada dua baris pertama dan maksud pula diungkap pada dua baris yang berikutnya, seperti:
Buah berangan masaknya merah,[a] Pembayang
Kelekati dalam perahu, [b] maksud
Luka di tangan nampak berdarah, [a]
Maksud atauLuka di hati siapa tahu.[b] isi
PANTUN MENGENANG NASIB
Isi dan Persoalan
1. Kekecewaan yang sukar diubati
2. Kebahagian boleh berakhir bila-bila masa
3. Kesedihan dapat disembunyikan
4. Nasib yang baik atau tidak baik terpaksa dihadapi
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada empat rangkap
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu empat rangkap
3. Ada pembayang dan maksud
4. Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata setiap baris
5. Bilangan suku kata tidak sama, iaitu sembilan hingga sepuluh suku kata setiap baris
6. Rima akhir abab
7. Bentuknya terikat atau tidak bebas
Gaya Bahasa dan Keindahan
1. Pemilihan kata yang indah, contohnya karam di hati
2. Bahasa kiasan, contohnya Kusangka panas sampai ke petang,Kiranya hujan di tengah hari
3. Anafora, contohnya Karam di laut boleh ditimbaKaram di hati bilakah sudah
4. Asonansi, contohnya Karam di hati bilakah sudah
5. Aliterasi, contohnya Untung nasib permainan badanNotaAnafora – pengulangan kata
6. Asonansi – pengulangan vokal dalam baris yang samaAliterasi – pengulangan konsonan dalam baris yang sama
Pengajaran
1. Hendaklah menjaga hati
2. Hendaklah menerima takdir
3. Jangan menyembunyikan kesusahan
PANTUN KIASAN
Isi dan persoalan
1. Barang yang buruk jangan dibuang
2. Dagang yang merendah diri3. Cita-cita yang sukar dicapai
4. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
5. Kekuatan menyelesaikan masalah
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada lima rangkap
2. Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris serangkap
3. Ada pembayang dan maksud
4. Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah katasebaris
5. Bilangan suku katanya tidak sama, iaitu antara sembilan hingga sebelassuku kata sebaris
6. Rima akhirnya abab
7. Bentuknya terikat dan tidak bebas
Gaya Bahasa dan Keindahan
1. Pemilihan kata yang indah, contohnya Kumbang mengidam nakseri bunga
2. Bahasa kiasan, contohnya Bunga kembang di puncak gunung
3. Pengulangan kata, contohnya Tebang gelam, tebang kenanga
4. Simile, contohnya Macam melukut di tepi gantang
5. Asonansi, contohnya Saya dagang tidak terpakai
6. Aliterasi, contohnya Tikar pucuk, tikar mengkuangNilaiMerendah diriBercita-cita tinggiBeraniYakin diri
Pengajaran
Jangan membazir
Jangan terlalu merendah diri
Hendaklah gigih berusahaJ
anganlah terlalu mengharap
Hendaklah yakin diri
Wednesday, September 9, 2009
PANTUN TINGKATAN 4
Posted by NaNa at 12:50 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)